Pengajian Online Sebagai Sarana Dakwah

Sabtu, 12 Maret 2016

DIALOG NABI MUHAMMAD SAW DENGAN IBLIS

| Sabtu, 12 Maret 2016


ALLAH SWT  memerintahkan Malaikat Jibril untuk menyurus IBLIS berjumpa dengan Rasulullah SAW, supaya memberitahu segala rahasianya dalam menggoda manusia, apa yang disukai dan apa yang dibencinya. Malaikat itu pun menemui Iblis dan berkata, Hai Iblis..!!!  ALLAH SWT  Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke baginda Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasia engkau menggoda manusia, dan apa-apa yang di tanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan dihancurkan seluruh anggota badanmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.

Mendengar kata Malaikat begitu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sampai 3 kali tapi tidak dijawab oleh Rasulullah saw. Maka iblis berkata , Ya Rasulullah..! Mengapa tidak menjawab salam saya?  Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Iblis Laknatullah, jangan coba-coba memperdayai aku, seperti engkau memperdayai  Nabi Adam as sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis, Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saya tidak akan menjawab karena di haramkan Allah. Saya kenal ya IBLIS, raja segala syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa maksudmu datang kepadaku..???

Iblis Berkata, Ya Nabi Allah! Janganlah marah. Karena anda adalah Khatamul Anbiya maka  anda dapat mengenaliku. Kedatangan saya  kesini disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya ku  terhadap umat mu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.

Ya Nabi Allah! Saya akan menjawab semua pertanyaan anda dengan jawaban yang sebenarnya, saya  tidak akan berani menyembunyikannya . Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta, niscaya hancur leburlah badanku  menjadi abu, karena mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatan agar semua perkataan iblis didengar seluruh sahabat agar bisa menjadi pelindung dari godaan iblis.

Pertanyaan Pertama:  Hai Iblis, Siapakah musuh paling besarmu ?
Jawab Iblis - Ya Nabi Allah, Anda adalah musuhku paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini, Rasulullah memandang muka Iblis, dan Iblis pun gemetar kerana ketakutan. Sambung Iblis, Ya Khatamul Anbiya, saya bisa menyamar  seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah, kecuali menyamar menjadi anda, tidak dapat saya lakukan, kerana dicegah oleh Allah. Jika saya mencoba menyamar menjadi anda, maka saya terbakar menjadi abu. Saya berusaha menarik umat menjadi kafir, murtad atau munafik,  supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama saya.

Pertanyaan kedua, Hai Iblis Bagaimana Engkau Menjerumuskan makhluk ALLAH?
Jawab Iblis , Perempuan yang memberikan kehormatannya kepada lelaki yang bukan suaminya, sehingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Saya goda manusia supaya meninggalkan shalat, minum khamar, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda dari emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau beribadah, saya akan halangi mereka supaya mereka menangguhkannya. Saya terus menggodanya supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.

Pertanyaan Ketiga, Hai Iblis..Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis, ini adalah Anugerah dari Tuhan juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur menceburkan saya menjadi  benar-benar  jahat. Anda tahu bahwa saya telah beribu-ribu tahun menjadi penghulu Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat Ribuan tahun.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada saya dan muka hamba yang cantik dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hina. Saya merasa sakit hati.

Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari. Saya bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga saya tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya di keluarkan dari syurga ke dunia.

Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Pertanyaan Keempat, Hai Iblis, bagaimana Cara Pertama engkau menipu manusia?
Jawab Iblis , Pertama sekali saya palingkan imannya kepada kekafiran, baik dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil saya akan buat dia mengurangi amalnya. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku.

Pertanyaan kelima, Hai Iblis, bagaimana Perasaanmu  Jika umatku shalat kerana Allah
Jawab Iblis, Saya benar-benar kesusahan , Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka akan saya kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Kami datangi supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya, matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang berbicara serta bunyi-bunyi yang lain.

Sebagian Iblis duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka saya akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Pertanyaan keenam, Bagaimana Perasaanmu Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah?
Jawab Iblis, Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh ini, putus-putus segala uratku llalu aku lari daripadanya."

Pertanyaan Ketujuh, Bagaimana perasaanmu jika umatku mengerjakan haji kerana Allah?
Jawab Iblis, Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Pertanyaan kedelapan, Bagaimana perasaanmu jika umatku berpuasa kerana Allah engkau?"
Jawab Iblis,  Ya Rasulullah,  Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku.  Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampuni segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hatiku  ialah segala isi langit dan bumi yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tenteraku jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah saya dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa tenang berpuasa seperti mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut seperti bulan biasa.

Pertanyaan Kesembilan, Hai Iblis,  Bagaimana Pendapatmu Tentang Sahabatku?
Jawab Iblis , Semua sahabatmu juga musuh besarku,  Tiada upaya melawannya dan tiada satupun  tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Pertanyaan Kesepuluh, Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?
Jawab Iblis , Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iyaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail as "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umatmu seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun, terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka sayapun saya pun dengan sukacita masuk kedalam tubuhnya, saya putarkan hatinya ke lautan durhaka dan saya tarik kemana saja dia akan mengikut. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tadak ada waktu beramal, tidak mau berzakat.  Untuk orang miskin yang ingin beribadat saya goda dia minta kaya dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia, bermusuhan sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.

Pertanyaan ke sebelas, Siapa yang serupa dengan engkau?
Jawab Iblis, Orang yang meringankan syariat islam dan membenci orang belajar agama Islam

Pertanyaan keduabelas, Siapa yang menerangimu?
Jawab Iblis, Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.

Pertanyaan ketigabelas, Apakah rahasia mu kepada umatku?
Jawab Iblis,  Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.

Pertanyaan keempatbelas,  Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana?
Jawab Iblis, Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah saya dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kelalaian ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.

Pertanyaan kelimabelas , Bagaimana Cara tipu daya mu?
Jawab Iblis, Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah dengan merasa merasa menyesal atas perbuatannya.  Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.

Pertanyaan keenambelas,  Siapakah orang yang paling engkau sukai?
Jawab Iblis,  Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu kemaluan selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.

Pertanyaan ketujuhbelas, Siapakah saudaramu?
Jawab Iblis, Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya terbuka di waktu subuh tetapi ia terus  menyambung tidurnya. Saya buat dia terlena hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat.

Pertanyaan kedelapanbelas, Apakah jalan yang membinasakan dirimu?
Jawab Iblis,  Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.

Pertanyaan kesembilanbelas, Apakah yang memecahkan matamu?
Jawab Iblis, Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf didalamnya

Pertanyaan keduapuluh, Apa lagi yang memecahkan matamu?
Jawab Iblis , Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana anda telah bersabda,'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'.

Saudaraku..!!! mari kita berlindung kepada ALLAH, agar terbebas dari godaan syaiton yang terkutuk.

Related Posts

Tidak ada komentar:

Posting Komentar